Wednesday 28 December 2011

Senyuman itu sedekah

Senyum itu sedekah.










Apakah maksud senyum?
Dalam fisiologi , senyum bermaksud ekspresi muka yang terhasil kerana lenturan otot terutamanya di kedua-dua bahagian hujung mulut. Senyuman juga boleh sampai berhampiran dgn mata dan senyuman juga merupakan rangsangan impuls bagi sesetengah keadaan yang seterusnya membawa kita kembali kepada emosi yang lebih stabil.Satu lagi cara untuk mendefinisikan senyum ialah cara untuk'' mengalu-alukan''* seseorang atau benda dalam hidup kita.










Senyuman : Dipelajari secara semulajadi
Ramai org beranggapan bahawa seseorang belajar untuk senyum semasa mereka belajar untuk bercakap tetapi ada bukti yang mengatakn bahawa ada bayi yang senyum ketika mereka masih berada dalam rahim ibu [link_1] . Senyuman dipelajari secara semulajadi oleh seseorang seseorang sama seperti cara untuk menangis dipelajari secara semulajadi . Seorang bayi lahir ke dunia ini sudah tahu cara untuk menangis.










Baginda yang paling banyak senyum...
Daripada Abdullah ibn Haarith radiallahu'anhu,sesungguhnya telah berkata "aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulallah SAW. (Jami Tirmidhi)








Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”










Kenapa susah nak senyum?
Kita jarang menggerakkan otot di muka kita untuk menghasilkan senyuman sedangkan kesan senyuman amatlah besar.Senyuman mampu memenangi hati seseorang . Senyuman juga mampu meredakan situasi yang tegang.Senyumlah wahai anakku senyum.Senyum,dan dunia juga akan senyum kepada anda . Senyum kepada alam semulajadi dan alam semulajadi juga akan senyum kepada anda. Senyuman merupakan cara yang baik untuk meluahkan keseronokan anda.''Action speak louder then word''*






Senyuman : Pelawaan kepada kebenaran
Senyuman merupakan cahaya pada tingkap anda yang menceritakan kepada orang lain bahawa ada orang yang prihatin dan suka berkongsi di sebalik tingkap tersebut . Semua orang suka masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan keamanan . Islam mengajar kita untuk membinan masyarakat berasaskan kasih sayang dan keikhlasan tetapi malang sekali ramai umat islam tidak menyampaikan islam dengan cara yang sepatutnya ia disampaikan.Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang sangat baik dan penyayang . Sesiapa sahaja boleh datang dan meluahkan isi hatinya di hadapan baginda . Senyuman baginda mempunyai kesan yang mampu menenangkan hati orang ramai .
Kita (muslim dan non-muslim) perlu mengasaskan masyarakat kita berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang sama dengan cinta,kasih sayang dan keikhlasan dan org ramai akan menemui keamanan serta kesefahaman.Marilah kita mulakan membina masyarakat dengan saling bertegur sapa , memberi hadiah dan bertukar-tukar senyuman .










Hanya senyum sahaja sudah menjadi sedekah!


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda '' Senyum kepada saudaramu adalah sedekah ''


Jadi kenapa membazirkan masa anda dengan dahi yang berkerut sedangkan anda mampu memenangi hati orang lain dengan senyuman,peroleh amalan yang baik dan memberi sedekah . Jadi percantikkan wajah anda dengan senyuman . Jarak yang terkecil antara 2 insan adalah senyuman.










Credit :


Nayzak [http://nayzak.deviantart.com/]


Muhammad Awais Tahir [http://islamandpsychology.blogspot.com/2009/02/smile-weapon-of-islam.html]






Translated by : Abdullah Al-khair


Extra :
[Link_1] = http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3105580.stm
* = It's kinda awkward when i translate that , suggest me a translation for that quote please.
"mengalu - alukan"* = (menerima sesuatu dgn baik)

    Friday 23 December 2011

    Surat berantai mengenai wasiat rasulullah s.a.w adalah palsu.

    Surat berantai mengenai wasiat rasulullah s.a.w semakin berleluasa sekarang . Org ramai menyebarkannya kerana bimbang ditimpa bala namun apakah ada kebenaran di sebalik wasiat ini ?Jangan bimbang dan takut wahai saudara muslim ku kerana surat wasiat ini adalah PALSU.Surat ini juga ada banyak versi berlainan antaranya saya sertakan di bawah.Berikut adalah surat wasiat palsu tersebut .


    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.






    (a)isteri tidak mendengar kata suami.


    (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.


    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.






    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana


    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


    PESANAN HAMBA INI






    (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.


    (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.


    (c) Bersembahyanglah


    (d) berzakat - jangan ditinggalkan.


    (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.


    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.






    UNTUK MAKLUMAN


    1.


    seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak


    sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.


    2.


    seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan


    menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.


    3.


    Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini


    kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah


    mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.


    4.


    tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari


    jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.


    5.


    Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan


    kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.


    seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


    6.


    di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari


    pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


    7.


    Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.


    Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.






    Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.


    dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan


    menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu


    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.






    PERHATIAN


    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda


    orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan


    dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.


    kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlaham kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan


    syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau


    dicetak dan disampaikan kepada orang lain.


    insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah lakukan


    ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan


    TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM..


    End of letter.Mari kita lihat jawapan Dr. Yusuf Qardhawi bagi soalan seorang hamba Allah yang bertanyakan tntg surat tersebut. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka.


    Pertanyaan;


    "Pada suatu hari,secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung meneganai isinya. Kerana itu, saya mohon kesediaan Ustaz utnuk menjelaskan isi surat tersebut,apakah benar atau tidak. Surat tersebut ditandatangani oleh seornag pembuat kebaikan yang berisi wasiat Syeikh Ahmad, Juru Kunci makam Rasulullah SAW. Surat ini ditujukan kepada semua kaum muslimin di timur mahupun di barat. Juga berisi bermacam-macam nasihat.


    Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyakkan surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada 30 orang, lalu Allah memberi rezeki sabanyak 25 ribu rupiah. Ada pula yang membagi-bagikannya lalu mendapat rezeki dari Allah sebanyak 6 ribu rupaih. Sebaliknya, ada pula yang mendustakan wasiat tersebut,sehingga anaknya meninggal dunia pada hari tersebut. Dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa orang yang telah memperolehi dan membaca wasiat tersebut tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain akan ditimpa musiabh besar."


    Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebuat? apakah benar atau tidak?






    Berikut Jawapan DR.Yusof Al Qardawi berkaitan masalah ini.






    Memang banyak orang bertanyakan wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan wasiat ini bukan baru-baru ini, tetapi saya telah melihat sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut disabitkan dengan seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah. Untuk mengetahui kebenaran berita tersebut saya pernah menayakan orang-orang di Madinah dan di Hijjaz. Saya mencari maklumat mengenai orang yang disebut Syeikh Ahmad itu berserta pekerjaannya. Dari maklumat yang saya perolehi ternyata tidak ada seorangpun di Madinah yang bernama Syeikh Ahmad. Tapi sayangnya wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar di negara-negara umat Islam.


    Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Diantara isi wasiat yang didasarkan pada impian Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw iaitu tentang telah dekatnya hari kiamat. Masalah berita tentang dekatnya hari kiamat ini tidak perlu mengikut impian Syeikh Ahmad, kerana Al Quran telah mengatakan dengan jelas:


    "...boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya," (Al Ahzab: 63)


    Begitu pula Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:


    " Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini." beliau mengatakan demikian sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaihdari dasis Anas dan Sahl Bin Sa'ad)


    Hal lain dari Isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah inipun sebenarnya tidak perlu memgambil sumber dari mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan Sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman, Maksudnya:


    " Pada hari ini Ku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan nikmatKu atas kamu, dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu..' (Al Maa'idah:3)


    Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenali itu,bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apapun.


    Isi wasiat tersebut telah memperlihatkan kepada kita kebodohan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskan wasiatnya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan. Anaknya akan mati,serta hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusiapun yang normal fikirannya, terhadap kitab Allah dan sunnah rasulnya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Quran harus menulisnya kemudian disebarluaskannya kepada orang lain. Dan jika tidak akan terkena musibbah. Begitu juga tidak pernah ada perintah supaya oarang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskan kepada khalayak ramai,sebab kalau tidak akan tertimpa masalah.


    Kalau Al Quran dan Sunnah Nabi tidak begitu, bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.


    Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa Si Fulan dinegeri ini dan ini kerana menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh Ribu. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikut sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperolehi rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khalayak dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan menyeleweng akal fikiran umat Islam.


    Kita perlu manjaga dan mengawasi kaum muslim agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran wasiat ini. Sesungguhnya syafaat Nabi saw juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadis-hadis Sahih (bukan bersumberkan wasiat melalui mimpi). Rasulullah bersabda, maksudnya:


    "Orang yang paling berbahagia akan memperolehi syafaat pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan La ialaaha illallah dengan perasaan ikhlas dari lubuk hatinya." (HR Bukhari)


    Kami mohon kepada Allah Azza Wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan dan kebatilan. Wallahu'alam






    Rujukan: Fatwa-fatwa Kontemporari. Judul Kitab Asal : Hadyul Islam Fatawa Mu'ashirah/ penulis Dr. YusofAl QardawiMesti anda tertanya - tanya siapa yang mula mula menulis kebohongan ini ? Anda akan dapat jawapannyer dlm artikel berikut .


    KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD


    Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.


    Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:


    • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),


    • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),


    • adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan


    • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).


    Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


    Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah


    "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).


    Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.


    Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SYEKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".


    Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."Wsalam .
    Kesimpulannya- Kalau anda telah terlanjur menyebarkannya maka perbetulkanlah semula dgn memberitahu kebenaran kpda org yng telah anda sebarkan mengikut yang anda mampu dan bertaubatlah .
    Umat Islam mesti lebih peka dan tidak mudak tertipu dgn apa yang dilihat tanpa melakukan research untuk mncari bukti bukti yang kukuh untuk menentukan kebenarannnya .


    Akhir kata , Artikel ini telah diambil hasil dripada kajian melalui internet Pelbagai laman web telah dirujuk .Semoga Allah memberi ganjaran bagi pemilik web dan sesiapa yang menyerbarkan ilmu tntg kebenaran tersebut.Wallahualam.

    Monday 19 December 2011

    Video pengenalan .

    Assalamualaikum , greeting community . You might not attracted to this video .Well, i'm a beginner anyway


    Sunday 18 December 2011

    One blessfull morning .

    My cellphone alarm woke me up  this morning when my body was still in dormant state as always the athan alarm tone invoked me to perform subuh prayer everyday . The effectiveness of the mobile alarm always making me wonder who is the precursor of this brilliant invention and what kind of invention will come next to supersede this invention .Little did i know , that morning will be one of the most hectic moment of my life for this holiday season but yet very fulfilling  . After finishing all my daily routine that morning, I started to remember about my unfinished research last night . The urge to complete that research was irresistibly strong so I started my research again without further hesitation . Despite the momentary lapse of time that I spent for this research , I really hope it will be useful for everyone for now or in the long run . After finishing the research , the feeling of joy and happiness immediately sprung up to my brain . Somehow i have to thank that person who made me started this research . Well, thank you Aisyah .  

     P.S. Seriously, I can't help myself but wondering where can i get the book that the ustaz mentioned in the video.

    There you go , a little piece of my life story .

    Click me for the research 

    Nama-nama anak jin . Benar atau Salah . Updated*

    Scroll down to the bottom of this post
    for the information that denied Ustaz Sharhan Shafie statement .

    Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh . Semalam ada sorang kwn sya yang tanyer satu soklan dkt group yang sya sertai, soalan tersebut ialah -->

    ade se soalan ni, betul ke semua ni??

    Dalam rancangan Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Sharhan Shafie pengamal perubatan Islam menyatakan nama-nama berikut merupakan antara nama-nama anak Jin...walaupun maknanya bagus..kerana nama-nama ini boleh mendatangkan penyakit misteri..... 1. Balqis 2. Qistina/Kistina 3. Najwa 4. Zakuan/Zaquan 5. Batrisya 6. Erisya Jadi janganlah sesekali mengambil nama-nama diatas untuk nama anak-anak kita. PERINGATAN dari Ustaz Sharhan Shafie, kepada mereka-mereka yang bernama yang sedemikian TIDAK perlu untuk MENUKARKAN nama tetapi perlu menukar PANGGGILAN kepada yang lain..sbg contoh klu SITI NAJWA...dari dipanggil Najwa ditukarkan kepada SITI........
     ·  ·  · 12 hours ago



    First time tengok statement ni , sya langsung x percaya dan menganggap bahawa statement ini direka oleh pihak yang x bertanggungjawab kemudian sya buat sedikit research tentang statement tersebut .

    Sya dpt info bahawa statement itu berasal dripada rancangan tanyalah ustaz di tv9 episode 323 . Seterusnya , sya pergi berlayar ke tonton.com.my to approve that statement is wrong or true.

    Banyak jugak ilmu yng diberikan oleh 
     Ustaz Sharhan Shafie  dalam episod tu (i'll state them in another post) . Yup , mmg Ustaz tu ade ckp tntg nama nama yang sering diganggu jin atau menghidap penyakit misteri start sekitar minit 34:00 - 36:00 .
    Mengikut kajian Ustaz penyakit misteri yang ditimpa oleh anak anak  kadang-kadang disebabkan nama yang diberikan kepada mereka .Selain itu, ramai org yang mempunyai nama yang sama menghidap penyakit misteri di klinik beliau  .Nama-nama yang disebutkan ialah -

    Balqis - Ketua Jin

    Qistina / Kistina - Penghulu jin

    Najwa - Bermaksud bisikan dlm bahasa arab (mungkin lam tafsiran lain kot) Org ni akan terkena penyakit was-was , suka menangis masa kecik atau ada perangai x elok

    Batrisya / Erisya / Zakwan - Jin suke name ni
    Terdapat lebih kurang 77 nama lagi yang disukai jin untuk diberikan kepada anak mereka yang digunakan oleh manusia bagi anak diorang . Anda boleh rujuk dalam buku yang ditunjukkan oleh ustaz tersebut.
    (sorry i forgot the book title , i'll state it here when i watch the video again)

    Ustaz tu juga menyatakan bahawa beliau ada menerima panggilan baru-baru ni dripada seorang ibu yang menyatakan anaknyer yang bernama Qistina Batrisya suka sgt menangis dripada kecik sampai besar dan apabila besar jadik hyperaktif pulak.


    Selain itu , beliau menyatakan bahawa kalau ada ibu - bapa yang telah menamakan anak mereka dgn nama - nama tersebut tidak perlu pergi ke pejabat untuk tukar semula nama tpi cukup sekadar memanggil dgn nama panggilan lain sebagai contoh Along , Angah ataupun kalau namanya Nurul Qistina panggil je Nurul (I'm not sure about this about this one , mybe siti batrisya or nurul qistina or both is wrong , well it's not important here coz the main point is not to call them the name that similar to the jin's name.)
    Dikhuatiri apabila kita nak panggil anak , kwn , saudara  atau lain lain . Kita terpanggil jin yang mempunyai nama yang sama  . 
    Sebagai contoh ,

    Samad : Wa mari ar kite main pondok pondok 
    Najwa : ok
    Unknown Jin : Aik budok tu nk main ngan aku ke , bereh hihihi .
    (lol)



    For your information  : Ustaz Sharhan Shafie merupakan ustaz dri group zamdurrani yng cukup terkenal .
    Beliau cukup mahir mengenai alam ngaib dan telah menolong ramai pesakir yng menghidap penyakit misteri yang disebabkan oleh jin . Beliau dan kumpulannya juga pernah menawarkan khidmat rawatan semasa karnival jomheboh . Ustaz ini mmg bukan calang-calang orangnya . 


    P.S Bagi yang mempunyai nama tu dn x pernah kena penyakit misteri x per la , tpi kat luar sana mmg ramai yang kena penyakit misteri mempunyai nama tersebut (menurut ustaz tersebut)

    Note :

    Sya x fikir yang apa yang ustaz tu maksudkan ialah nama yang buat kita sakit tetapi saya rasa bahawa ia bermaksud menggunakan nama  tersebut sebagai nama panggilan  bagaikan menelan racun yang tidak diketahui bila kite akan rasa kesannya atau mmg tidak akan ada langsung , kesan racun itu juga tidak diketahui besar atau kecik namun risikonye ttp ada  . Penyakit yang kita hidapi disebabkan racun tersebut juga dtg dripada Allah sama juga seperti penyakit misteri yang kita hidapi apabila diganggu makhluk halus disebabkan menggunakan nama tersebut juga datang dripada Allah.

    Tidak semua jin islam itu baik sedangkan org islam pun ada yang jht gile apatah lagi jin .

    Ustaz ni mmg x da sertakan apa-apa hadith atau ayat al-quran mengenai nama nama diatas semasa rancangan tersebut berlangsung dan sya x pasti samaada hadith atau ayat al-quran tersebut boleh ditemui dlm buku yang ditunjukkan oleh ustaz tersebut atau mmg ianya sekadar kajian beliau.



    Jgn terus percaya bulat bulat , kita tunggu dahulu pendapat dripada ustaz lain.



    Update 




    Respon drp Ustaz Zaharuddin.net mengenai isu nama2 anak jin yg boleh mendatangkan penyakit apabila diberi nama2 ini :

    1. Balqis
    2. Qistina/Kistina
    3. Najwa
    4. Zakuan/Zaquan
    5. Batrisya
    6. Erisya
    7. Mazda

    Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men'sial'kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ ، اَلطِّيَرَةُ شِرْكٌ Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

    Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Dato' Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

    Rujukan : Fb ustaz zaharuddin.net

    Wallahualam , Surah Al-Nalm ayat 65 - > 




    سُوۡرَةُ النَّمل
    قُل لَّا يَعۡلَمُ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ ٱلۡغَيۡبَ إِلَّا ٱللَّهُ‌ۚ وَمَا يَشۡعُرُونَ أَيَّانَ يُبۡعَثُونَ (٦٥)
    Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula
    (sesudah mati).
    (65)


    P.S , Dr Haron Din merupakan salah seorang  ulama' kat negara kita ni ....





    Beelzebub !

    Tdi pergi surf surf internet dan jumpe webpage beelzebub la pulak xD .

    Ok, bukan beelzebub yang ni -->
    Tpi anime ''Beelzebub'' , Seronok jugak tengok anime ni yang terdapat gabungan 
    comedy + action + (comedy + romance) 
    = comedy + action + comedy + romance
    = comedy + comedy + action + romance 
    = comedy² + action + romance
    *Romance telah ditelan oleh comedy , (Watch the anime and you'll know what i'm talking about)

    Ni dia Berubo A.K.A. Baby Beel


                                                            

    Ok la jugak apabila ditonton semasa saya tengah bosan .

    Warning ! , Do not get influenced by this anime because the fantasy in this anime is against the teaching of Islam . There's no such thing like raising a baby of a demon and etc.

    P.S Higlight the thing below me
    ''Thanks Aisyah for mentioning my mistake in the title .''

    Saturday 17 December 2011

    Nothing to do here

    There you go , last image for today


    Pengenalan.

    Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakuh ,
    Wazzup wazzup all , ops ... smule smule ,
    First of all , Ini merupakan post pertama saya dn merupakan percubaan pertama sya untuk post dalam blog yang osum ini dan sebernanya cinta  dipost dgn niat untuk test samaada post ini terpampar atau tidak dlm blog tersebut .
    I'll try my best to keep this blog aliveee .
    Ah , be sure to wait from my video since i goona be one of the vlogger with my dearest friend , Syazwan.
    Take a look at this :P