Wednesday 28 December 2011

Senyuman itu sedekah

Senyum itu sedekah.










Apakah maksud senyum?
Dalam fisiologi , senyum bermaksud ekspresi muka yang terhasil kerana lenturan otot terutamanya di kedua-dua bahagian hujung mulut. Senyuman juga boleh sampai berhampiran dgn mata dan senyuman juga merupakan rangsangan impuls bagi sesetengah keadaan yang seterusnya membawa kita kembali kepada emosi yang lebih stabil.Satu lagi cara untuk mendefinisikan senyum ialah cara untuk'' mengalu-alukan''* seseorang atau benda dalam hidup kita.










Senyuman : Dipelajari secara semulajadi
Ramai org beranggapan bahawa seseorang belajar untuk senyum semasa mereka belajar untuk bercakap tetapi ada bukti yang mengatakn bahawa ada bayi yang senyum ketika mereka masih berada dalam rahim ibu [link_1] . Senyuman dipelajari secara semulajadi oleh seseorang seseorang sama seperti cara untuk menangis dipelajari secara semulajadi . Seorang bayi lahir ke dunia ini sudah tahu cara untuk menangis.










Baginda yang paling banyak senyum...
Daripada Abdullah ibn Haarith radiallahu'anhu,sesungguhnya telah berkata "aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulallah SAW. (Jami Tirmidhi)








Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”










Kenapa susah nak senyum?
Kita jarang menggerakkan otot di muka kita untuk menghasilkan senyuman sedangkan kesan senyuman amatlah besar.Senyuman mampu memenangi hati seseorang . Senyuman juga mampu meredakan situasi yang tegang.Senyumlah wahai anakku senyum.Senyum,dan dunia juga akan senyum kepada anda . Senyum kepada alam semulajadi dan alam semulajadi juga akan senyum kepada anda. Senyuman merupakan cara yang baik untuk meluahkan keseronokan anda.''Action speak louder then word''*






Senyuman : Pelawaan kepada kebenaran
Senyuman merupakan cahaya pada tingkap anda yang menceritakan kepada orang lain bahawa ada orang yang prihatin dan suka berkongsi di sebalik tingkap tersebut . Semua orang suka masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan keamanan . Islam mengajar kita untuk membinan masyarakat berasaskan kasih sayang dan keikhlasan tetapi malang sekali ramai umat islam tidak menyampaikan islam dengan cara yang sepatutnya ia disampaikan.Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang sangat baik dan penyayang . Sesiapa sahaja boleh datang dan meluahkan isi hatinya di hadapan baginda . Senyuman baginda mempunyai kesan yang mampu menenangkan hati orang ramai .
Kita (muslim dan non-muslim) perlu mengasaskan masyarakat kita berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang sama dengan cinta,kasih sayang dan keikhlasan dan org ramai akan menemui keamanan serta kesefahaman.Marilah kita mulakan membina masyarakat dengan saling bertegur sapa , memberi hadiah dan bertukar-tukar senyuman .










Hanya senyum sahaja sudah menjadi sedekah!


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda '' Senyum kepada saudaramu adalah sedekah ''


Jadi kenapa membazirkan masa anda dengan dahi yang berkerut sedangkan anda mampu memenangi hati orang lain dengan senyuman,peroleh amalan yang baik dan memberi sedekah . Jadi percantikkan wajah anda dengan senyuman . Jarak yang terkecil antara 2 insan adalah senyuman.










Credit :


Nayzak [http://nayzak.deviantart.com/]


Muhammad Awais Tahir [http://islamandpsychology.blogspot.com/2009/02/smile-weapon-of-islam.html]






Translated by : Abdullah Al-khair


Extra :
[Link_1] = http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3105580.stm
* = It's kinda awkward when i translate that , suggest me a translation for that quote please.
"mengalu - alukan"* = (menerima sesuatu dgn baik)

    No comments:

    Post a Comment