Thursday 9 February 2012

soon to be used

haywire crestfallen dreadful devoted stud rooting
lush adolesnce shangheid deplorable shored

Friday 3 February 2012

Just a storage of information.

For an article which is compulsory  for me to make .

Sesetengah orang terlalu mudah percayakan sesuatu yang tidak disertakn apa apa bukti yang kukuh  terutamanya semasa melayari internet ataupun sms yang dirimkan oleh kwn .Dewasa kini, ramai org yang suka menyebarkan penipuan untuk kepentingan tersendiri atau sekadar ingin mempermainkn org lain dan tidak kurang juga org yang menyebarkan surat berantai kerana takut akan ancaman yang disertakan padanya . Sebagai contoh , surat berantai tentang wasiat rasulullah s.a.w yang dikaitkan dengan   Syeikh Ahmad . Surat tersebut palsu dan difatwakan khurafat dan boleh jatuh murtad oleh   Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 malah surah tersebut ditulis oleh seorang paderi yang ingin mengelirukan umat islam . Kenapa kita nk percaya perkara-perkara seperti ini ? Adakah beranggapan islam itu masih belum sempurna dn memerlukan tambahan dripada mimpi seseorang ? sedangkan Allah telah befirman dlm surah Al-Maidah ayat 3 ->

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu ....
Hadith palsu

Ramai juga org yang menyebarkan hadith palsu malah berani mereka sendiri hadith palsu. Hal ini dilarang keras oleh rasulullah s.a.w . Sabda Rasulullah s.a.w:


إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.” ( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)

Hadith palsu biasanya disebarkan kerana tuan yang menyebarkannya tidak tahu akan status hadith tersebut . Oleh itu , kita mesti berhati - hati apabila bertemu dgn hadith yang pelik seperti
''Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang mati syahid." [HR al-Hakim dalam ''Tarikh Naisabur'', al-Khatib dalam ''Tarikh Baghdad'', dan Ibn 'Asakir dalam ''Tarikh Dmsyik'' dari jalan Ibn Abbas, juga dikeluarkan oleh al-Khatib dari jalan 'Aishah. [rujuk الدرر المنتثرة في الأحاديث المشتهرة, , al-Suyuthi, 1/18, تخريج أحاديث الإحياء, al-Iraqi, 5/489, HADITH NI PALSU,Tak sahih, hadith ni di-'ilal-kan [di lemahkan/dicacatkan] oleh jamaah ahli ilmu spt ad-Daraquthni, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Hajar, al-Subki, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, al-Albani, dan lain2 ahli hadith, Ibn Qayyim  menyatak

Rasulullah s.a.w juga telah mengingatkan kita supaya berwaspada dgn hadith hadith palsu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:


يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ , يَأْتُوكُمْ مِنَ الأَحَادِيثِ مَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلا آبَاؤُكُمْ , فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لا يُضِلُّوكُمْ وَلا يَفْتِنُوكُمْ
"Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)". (Mukaddimah Sahih Muslim)




‎"Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn 'Umar, al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

Thursday 2 February 2012

Exhausted after exam .

Assalamualaikum w.b.t.

Ok... Let see what i can write here . hmmm....

Nowadays,sleeping late to study when exam is around the corner is not an abnormal word or absurd act for most student . Some student like to sleep late and study for their examination  the night before the examination but they never considered to toil studying during their usual school day. This kind of way to study is not considered a suitable way for us to excel in our examination and  life . Most student think that studying and learning are only  for examination.We must set our goal to make use of our knowledge when it is need in our life instead of making  examination as our only goal to learn and study hard . Students who study    only  for their examination are more likely to forget most or even everything they had learned during their school day . However, school is not just about learning all year . There's no meaning to study excessively all year when you'r not happy at all or have any friends . We need to socialize and have fun during our school day too . Students who study all year and never socialize with others during their school day will have nothing good to be reminisce when they're old. They will  live in depression when they'r alone facing their plight moment without anyone to stay by their side to lend a helping hand  to ease their mind. You don't want to be one of those who say ''I like to walk in the rain because nobody will see me cry'' right ? . By the way , Mr Bean is the one who said that quote .

Last but not least , keep in your mind when you grow up that happiness comes from your heart .Wealth will not ensure happiness so never brag and boast about your wealth . Do you know that Elvis who was very rich and popular was found dead in his toilet due to excessive drug addiction ? They even realized that Elvis live in depression although he was very rich .Next, keep on learning even your knowledge will never be abundant which is compulsory in Islam. Live a happy life and follow the path of Islam . There's nothing wrong to socialize if you follow the right guide in Islam..

My advice for anyone who reading my post today is -> Abolish your laziness that will abbreviate your time to do anything useful.

Wednesday 28 December 2011

Senyuman itu sedekah

Senyum itu sedekah.










Apakah maksud senyum?
Dalam fisiologi , senyum bermaksud ekspresi muka yang terhasil kerana lenturan otot terutamanya di kedua-dua bahagian hujung mulut. Senyuman juga boleh sampai berhampiran dgn mata dan senyuman juga merupakan rangsangan impuls bagi sesetengah keadaan yang seterusnya membawa kita kembali kepada emosi yang lebih stabil.Satu lagi cara untuk mendefinisikan senyum ialah cara untuk'' mengalu-alukan''* seseorang atau benda dalam hidup kita.










Senyuman : Dipelajari secara semulajadi
Ramai org beranggapan bahawa seseorang belajar untuk senyum semasa mereka belajar untuk bercakap tetapi ada bukti yang mengatakn bahawa ada bayi yang senyum ketika mereka masih berada dalam rahim ibu [link_1] . Senyuman dipelajari secara semulajadi oleh seseorang seseorang sama seperti cara untuk menangis dipelajari secara semulajadi . Seorang bayi lahir ke dunia ini sudah tahu cara untuk menangis.










Baginda yang paling banyak senyum...
Daripada Abdullah ibn Haarith radiallahu'anhu,sesungguhnya telah berkata "aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulallah SAW. (Jami Tirmidhi)








Diriwayatkan dari Jabir dalam sahih Bukhari dan Muslim, berkata, “Sejak aku masuk Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku.”










Kenapa susah nak senyum?
Kita jarang menggerakkan otot di muka kita untuk menghasilkan senyuman sedangkan kesan senyuman amatlah besar.Senyuman mampu memenangi hati seseorang . Senyuman juga mampu meredakan situasi yang tegang.Senyumlah wahai anakku senyum.Senyum,dan dunia juga akan senyum kepada anda . Senyum kepada alam semulajadi dan alam semulajadi juga akan senyum kepada anda. Senyuman merupakan cara yang baik untuk meluahkan keseronokan anda.''Action speak louder then word''*






Senyuman : Pelawaan kepada kebenaran
Senyuman merupakan cahaya pada tingkap anda yang menceritakan kepada orang lain bahawa ada orang yang prihatin dan suka berkongsi di sebalik tingkap tersebut . Semua orang suka masyarakat yang penuh dengan kasih sayang dan keamanan . Islam mengajar kita untuk membinan masyarakat berasaskan kasih sayang dan keikhlasan tetapi malang sekali ramai umat islam tidak menyampaikan islam dengan cara yang sepatutnya ia disampaikan.Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang yang sangat baik dan penyayang . Sesiapa sahaja boleh datang dan meluahkan isi hatinya di hadapan baginda . Senyuman baginda mempunyai kesan yang mampu menenangkan hati orang ramai .
Kita (muslim dan non-muslim) perlu mengasaskan masyarakat kita berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang sama dengan cinta,kasih sayang dan keikhlasan dan org ramai akan menemui keamanan serta kesefahaman.Marilah kita mulakan membina masyarakat dengan saling bertegur sapa , memberi hadiah dan bertukar-tukar senyuman .










Hanya senyum sahaja sudah menjadi sedekah!


Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda '' Senyum kepada saudaramu adalah sedekah ''


Jadi kenapa membazirkan masa anda dengan dahi yang berkerut sedangkan anda mampu memenangi hati orang lain dengan senyuman,peroleh amalan yang baik dan memberi sedekah . Jadi percantikkan wajah anda dengan senyuman . Jarak yang terkecil antara 2 insan adalah senyuman.










Credit :


Nayzak [http://nayzak.deviantart.com/]


Muhammad Awais Tahir [http://islamandpsychology.blogspot.com/2009/02/smile-weapon-of-islam.html]






Translated by : Abdullah Al-khair


Extra :
[Link_1] = http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3105580.stm
* = It's kinda awkward when i translate that , suggest me a translation for that quote please.
"mengalu - alukan"* = (menerima sesuatu dgn baik)

    Friday 23 December 2011

    Surat berantai mengenai wasiat rasulullah s.a.w adalah palsu.

    Surat berantai mengenai wasiat rasulullah s.a.w semakin berleluasa sekarang . Org ramai menyebarkannya kerana bimbang ditimpa bala namun apakah ada kebenaran di sebalik wasiat ini ?Jangan bimbang dan takut wahai saudara muslim ku kerana surat wasiat ini adalah PALSU.Surat ini juga ada banyak versi berlainan antaranya saya sertakan di bawah.Berikut adalah surat wasiat palsu tersebut .


    Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia). pada suatu malam ketika membaca Al-Quran di makam Rasulullah SAW. selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.






    (a)isteri tidak mendengar kata suami.


    (b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.


    (c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.






    Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana


    bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.


    PESANAN HAMBA INI






    (a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.


    (b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.


    (c) Bersembahyanglah


    (d) berzakat - jangan ditinggalkan.


    (e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.


    (f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.






    UNTUK MAKLUMAN


    1.


    seorang saudagar dari bombay telah menerima surat ini dan beliau telah mencatak


    sebanyak 20 salinan dan mengirimkan kepada orang lain, dia kemudiannya dianugerahi Allah dengan mendapat keuntungan yang besar dalam perniagaannya.


    2.


    seorang hamba Allah telah menerima surat ini tetapi tidak mengendahkannya dan


    menganggap wasiat ini palsu, maka selang beberapa hari kemudian anaknya meninggal dunia.


    3.


    Pada tahun 1977 Tun Dato Mustapha bekas Ketua Menteri Sabah menerima wasiat ini


    kemudian mengarahkan setiausahanya mencetak sebanyak 20 salinan dan menghantarnya kepada orang lain, maka selang beberapa hari kemudian dia telah


    mendapat hadiah dari kebajikan masyarakat di malaysia timur.


    4.


    tan sri ghazali jawi, bekas menteri besar perak secara tidak langsung dipecat dari


    jawatannya kerana apabila beliau menerima wasiat ini beliau terlupa mencetak 20 salinan untuk disebarkan kepada orang lain tetapi beliau telah menyedari kesilapannya lalu beliau mencetak semula wasiat ini dan mengirimkannya kepada orang lain, beberapa hari kemudian beliau telah dilantik menteri Kabinet Perdana Menteri.


    5.


    Zulfikar Ali Bhuno telah menerima surat wasiat ini dan tidak percaya akan


    kebenarannya juga menganggap palsu lalu membuangnya ke dalam tong sampah.


    seminggu kemudian beliau telah dijatuhkan hukuman pancung sampai mati.


    6.


    di Terengganu, seorang pekerja bengkel kenderaan telah menerima wasiat ini dari


    pengirim yang tidak dikenali yang datangnya dari Perak lalu beliau membuat sebanyak 20 salinan seperti yang dituntut. Alhamdulillah dia dianugerahkan oleh Allah seorang gadis berakhlak mulia seperti yang dituntut oleh Islam. baginya anugerah ini paling agung dan tidak ada tandingannya.


    7.


    Di Terengganu juga, seorang hamba Allah telah menerima surat ini dari orang yang tidak dikenali tetapi beliau tidak mengendahkannya dengan mengatakan ianya bohong belaka dan sengaja mengada-adakan untuk menakutkan orang yang membacanya.


    Beberapa hari kemudian dia telah mendapat penyakit ganjil dan penderitaanya amat menyedihkan. setelah tiga minggu mendapat rawatan rapi di hospital, penyatkitnya sukar juga diubati oleh doktor. Akhirnya beliau teringat akan wasiat ini dan mengedarkannya kepada orang lain. Semingu kemudian barulah beliau beransur sembuh sehingga sekarang.






    Banyak lagi contoh-contoh orang yang menerima wasiat ini tetapi tidak mempercayainya dan tidak mengedarkannya atau menyampaikan kepada orang lain.


    dimana mereka mendapat malapetaka. setelah kejadian yang menggembirakan dan


    menyakinkan ini anda jangan lupa menyampaikan 20 salinan wasiat dalam masa 96 jam dari masa anda menerimanya. InsyaAllah anda akan memperolehi sesuatu


    dari YANG MAHA KUASA dengan penuh keyakinan pasti ia akan menerangi hidup anda dengan nikmat kebahagiaan hidup. ISNYAALLAH.






    PERHATIAN


    setelah membaca wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak dan disampaikan kepda


    orang lain sebanyak 20 salinan. sekiranya telah dilakukan anda akan


    dianugerahkan sesuatu nikmat atau hajat anda akan dikabulkan oleh ALLah.


    kata sheikh ahmad lagi. jika apa yang hamba katakan ini tidak benar, biarlaham kekufuran dan hamba tidak mendapat perlindungan dan


    syafaat Rasulullah SAW naaauzubillah. oleh itu hendaklah ditulis atau


    dicetak dan disampaikan kepada orang lain.


    insyaAllah dalam masa 2 minggu anda akan beroleh kebahagiaan dan ingatlah lakukan


    ini dengan hati yang ikhlas dan janganlah diabaikan atau dibiarkan


    TLG SEBAR KAN KPD UMAT ISLAM.... SEBAR KAN 20 WASIAT NI KPD UMAT ISLAM..


    End of letter.Mari kita lihat jawapan Dr. Yusuf Qardhawi bagi soalan seorang hamba Allah yang bertanyakan tntg surat tersebut. Semoga Allah memberi ganjaran kepada mereka.


    Pertanyaan;


    "Pada suatu hari,secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung meneganai isinya. Kerana itu, saya mohon kesediaan Ustaz utnuk menjelaskan isi surat tersebut,apakah benar atau tidak. Surat tersebut ditandatangani oleh seornag pembuat kebaikan yang berisi wasiat Syeikh Ahmad, Juru Kunci makam Rasulullah SAW. Surat ini ditujukan kepada semua kaum muslimin di timur mahupun di barat. Juga berisi bermacam-macam nasihat.


    Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, di Bombay terdapat seseorang yang memperbanyakkan surat tersebut dan membagi-bagikannya kepada 30 orang, lalu Allah memberi rezeki sabanyak 25 ribu rupiah. Ada pula yang membagi-bagikannya lalu mendapat rezeki dari Allah sebanyak 6 ribu rupaih. Sebaliknya, ada pula yang mendustakan wasiat tersebut,sehingga anaknya meninggal dunia pada hari tersebut. Dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa orang yang telah memperolehi dan membaca wasiat tersebut tetapi tidak menyebarkannya kepada orang lain akan ditimpa musiabh besar."


    Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebuat? apakah benar atau tidak?






    Berikut Jawapan DR.Yusof Al Qardawi berkaitan masalah ini.






    Memang banyak orang bertanyakan wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan wasiat ini bukan baru-baru ini, tetapi saya telah melihat sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut disabitkan dengan seorang lelaki yang terkenal dengan gelaran Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah. Untuk mengetahui kebenaran berita tersebut saya pernah menayakan orang-orang di Madinah dan di Hijjaz. Saya mencari maklumat mengenai orang yang disebut Syeikh Ahmad itu berserta pekerjaannya. Dari maklumat yang saya perolehi ternyata tidak ada seorangpun di Madinah yang bernama Syeikh Ahmad. Tapi sayangnya wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar di negara-negara umat Islam.


    Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada erti dan nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Diantara isi wasiat yang didasarkan pada impian Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw iaitu tentang telah dekatnya hari kiamat. Masalah berita tentang dekatnya hari kiamat ini tidak perlu mengikut impian Syeikh Ahmad, kerana Al Quran telah mengatakan dengan jelas:


    "...boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya," (Al Ahzab: 63)


    Begitu pula Nabi saw telah bersabda yang bermaksud:


    " Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan) seperti ini." beliau mengatakan demikian sambil memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya." (Muttafaq 'alaihdari dasis Anas dan Sahl Bin Sa'ad)


    Hal lain dari Isi wasiat itu ialah bahwa kaum wanita sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan banyak yang telah menyimpang dari agama. Masalah inipun sebenarnya tidak perlu memgambil sumber dari mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan Sunnah Rasul yang sudah memuaskan untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman, Maksudnya:


    " Pada hari ini Ku sempurnakan untukmu agamamu, dan telah Ku cukupkan nikmatKu atas kamu, dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu..' (Al Maa'idah:3)


    Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenali itu,bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apapun.


    Isi wasiat tersebut telah memperlihatkan kepada kita kebodohan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskan wasiatnya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan. Anaknya akan mati,serta hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusiapun yang normal fikirannya, terhadap kitab Allah dan sunnah rasulnya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Quran harus menulisnya kemudian disebarluaskannya kepada orang lain. Dan jika tidak akan terkena musibbah. Begitu juga tidak pernah ada perintah supaya oarang yang membaca Shahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskan kepada khalayak ramai,sebab kalau tidak akan tertimpa masalah.


    Kalau Al Quran dan Sunnah Nabi tidak begitu, bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.


    Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa Si Fulan dinegeri ini dan ini kerana menyebarluaskan wasiat tersebut ia mendapat rezeki sekian puluh Ribu. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikut sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta. Untuk memperolehi rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khalayak dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan menyeleweng akal fikiran umat Islam.


    Kita perlu manjaga dan mengawasi kaum muslim agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw sebagaimana yang dikatakan oleh penulis selebaran wasiat ini. Sesungguhnya syafaat Nabi saw juga diperuntukkan bagi umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadis-hadis Sahih (bukan bersumberkan wasiat melalui mimpi). Rasulullah bersabda, maksudnya:


    "Orang yang paling berbahagia akan memperolehi syafaat pada hari kiamat ialah orang yang telah mengikrarkan La ialaaha illallah dengan perasaan ikhlas dari lubuk hatinya." (HR Bukhari)


    Kami mohon kepada Allah Azza Wa Jalla semoga Ia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan dan kebatilan. Wallahu'alam






    Rujukan: Fatwa-fatwa Kontemporari. Judul Kitab Asal : Hadyul Islam Fatawa Mu'ashirah/ penulis Dr. YusofAl QardawiMesti anda tertanya - tanya siapa yang mula mula menulis kebohongan ini ? Anda akan dapat jawapannyer dlm artikel berikut .


    KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD


    Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.


    Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:


    • Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932),


    • anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934),


    • adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan


    • anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).


    Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).


    Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah


    "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).


    Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.


    Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SYEKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".


    Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim."Wsalam .
    Kesimpulannya- Kalau anda telah terlanjur menyebarkannya maka perbetulkanlah semula dgn memberitahu kebenaran kpda org yng telah anda sebarkan mengikut yang anda mampu dan bertaubatlah .
    Umat Islam mesti lebih peka dan tidak mudak tertipu dgn apa yang dilihat tanpa melakukan research untuk mncari bukti bukti yang kukuh untuk menentukan kebenarannnya .


    Akhir kata , Artikel ini telah diambil hasil dripada kajian melalui internet Pelbagai laman web telah dirujuk .Semoga Allah memberi ganjaran bagi pemilik web dan sesiapa yang menyerbarkan ilmu tntg kebenaran tersebut.Wallahualam.

    Monday 19 December 2011

    Video pengenalan .

    Assalamualaikum , greeting community . You might not attracted to this video .Well, i'm a beginner anyway