Friday 3 February 2012

Just a storage of information.

For an article which is compulsory  for me to make .

Sesetengah orang terlalu mudah percayakan sesuatu yang tidak disertakn apa apa bukti yang kukuh  terutamanya semasa melayari internet ataupun sms yang dirimkan oleh kwn .Dewasa kini, ramai org yang suka menyebarkan penipuan untuk kepentingan tersendiri atau sekadar ingin mempermainkn org lain dan tidak kurang juga org yang menyebarkan surat berantai kerana takut akan ancaman yang disertakan padanya . Sebagai contoh , surat berantai tentang wasiat rasulullah s.a.w yang dikaitkan dengan   Syeikh Ahmad . Surat tersebut palsu dan difatwakan khurafat dan boleh jatuh murtad oleh   Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 malah surah tersebut ditulis oleh seorang paderi yang ingin mengelirukan umat islam . Kenapa kita nk percaya perkara-perkara seperti ini ? Adakah beranggapan islam itu masih belum sempurna dn memerlukan tambahan dripada mimpi seseorang ? sedangkan Allah telah befirman dlm surah Al-Maidah ayat 3 ->

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu ....
Hadith palsu

Ramai juga org yang menyebarkan hadith palsu malah berani mereka sendiri hadith palsu. Hal ini dilarang keras oleh rasulullah s.a.w . Sabda Rasulullah s.a.w:


إِنَّ كَذِبًا عَلَىَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ ، مَنْ كَذَبَ عَلَىَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ


“Sesungguhnya berdusta ke atasku tidaklah sama seperti berdusta keatas orang lain, maka sesiapa yang telah berdusta keatas ku secara sengaja maka siapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.” ( H.R al-Bukhari: 1291, Muslim)

Hadith palsu biasanya disebarkan kerana tuan yang menyebarkannya tidak tahu akan status hadith tersebut . Oleh itu , kita mesti berhati - hati apabila bertemu dgn hadith yang pelik seperti
''Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian menjemputnya, maka dia adalah seorang mati syahid." [HR al-Hakim dalam ''Tarikh Naisabur'', al-Khatib dalam ''Tarikh Baghdad'', dan Ibn 'Asakir dalam ''Tarikh Dmsyik'' dari jalan Ibn Abbas, juga dikeluarkan oleh al-Khatib dari jalan 'Aishah. [rujuk الدرر المنتثرة في الأحاديث المشتهرة, , al-Suyuthi, 1/18, تخريج أحاديث الإحياء, al-Iraqi, 5/489, HADITH NI PALSU,Tak sahih, hadith ni di-'ilal-kan [di lemahkan/dicacatkan] oleh jamaah ahli ilmu spt ad-Daraquthni, Ibn Hibban, al-Baihaqi, Ibn Hajar, al-Subki, Ibn Taimiah, Ibn Qayyim, al-Albani, dan lain2 ahli hadith, Ibn Qayyim  menyatak

Rasulullah s.a.w juga telah mengingatkan kita supaya berwaspada dgn hadith hadith palsu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:


يَكُونُ فِي آخِرِ الزَّمَانِ دَجَّالُونَ كَذَّابُونَ , يَأْتُوكُمْ مِنَ الأَحَادِيثِ مَا لَمْ تَسْمَعُوا أَنْتُمْ وَلا آبَاؤُكُمْ , فَإِيَّاكُمْ وَإِيَّاهُمْ لا يُضِلُّوكُمْ وَلا يَفْتِنُوكُمْ
"Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadith-hadith yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarnya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatkan kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkakan benar)". (Mukaddimah Sahih Muslim)




‎"Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn 'Umar, al-Hakim daripada Jabir bin 'Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)

No comments:

Post a Comment